Warisan Ibu

See what happen in our daily life at Warisan Ibu, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Friday, April 01, 2011

Warisan Ibu 2011

Bermula 1 April 2011, Restoren Warisan Ibu telah bertukar wajah rentetan dari rombakan terbaru pengurusan tertinggi rangkaian ibu.

Perubahan mendadak telah ditunjukkan dengan penukaran pekerja ke cawangan lain serta pemecatan beberapa pekerja.

Namun begitu, demi menjaga para pelanggan yang setia, awning serta bidai baru telah dipasang bagi menjamin keselesaan pelanggan disamping pekerja baru yang terlatih, mesra rakyat serta berdedikasi.

Labels:

Tuesday, March 15, 2011

Ribut di Kota Kemuning


Ribut melanda lagi di Kota Kemuning. Hujan dan ribut tak sampai satu jam telah mematah dan menumbangkan lebih 50% pokok di Kota Kemuning termasuklah pokok di hadapan warisan-ibu dan juga kiri dan kanan deretan kedai.

Warisan Ibu juga telah menjadi mangsa ribut ini. Astro Disc dari bumbung Nizz Bridal telah jatuh menembusi awning kanvas kedua-dua kedai iaitu Pasar Segar Ibu dan Restoren Warisan Ibu serta memecahkan kaca gerai sementara dibawah. Tiada kecederaan dilaporkan.

Labels:

Friday, August 27, 2010

Aktiviti Tahunan Kembali - 03/09/2010

Aktiviti tahunan ex-Sg. Merbau Inn kembali lagi. Kepada sesiapa yang berminat sila daftarkan diri kepada Official Bill Collector segera.

Aturcara cadangan adalah : Medan Ikan Bakar Jalan Istana -> Sogo -> Jalan Masjid India -> Downtown Cheras -> Sahur di Kari Kaki Ayam -> Balik

Waktu perjumpaan adalah tepat pukul 6 petang di Warisan Ibu atau berjumpa terus di Jalan Istana.


p/s - Membawa kenderaan 2 tayar yang membolehkan balik awal adalah dilarang sama sekali.

Labels:

Monday, June 14, 2010

Geng Kecik - Sharp Shooter

Amar The Sharp Shooter




Labels:

Tuesday, April 27, 2010

Majlis Penutupan Sg. Merbau Inn

Kepada semua yang pernah terlibat secara langsung atau tak langsung dalam sejarah Sg. Merbau Inn, anda adalah dijemput untuk menghadiri satu Majlis Penutupan Sg. Merbau Inn seperti di bawah :

Tarikh : 30 April 2010
Masa : 8.00 malam hingga 12.00 Tengah Malam
Konsep : "POTLUCK"


Semoga dengan kehadiran tuan puan dapat menyerikan lagi majlis ini.

Terima kasih

Labels:

Friday, April 09, 2010

Eh jom pegi picnic

Kepada sume warga ibu...

Ari ahad ni kami semua berpakat nk pegi mandi2, lepak2, ngumpat2 sambil kita buat gathering sesama kita. Since masing2 sibuk dgn keje masing2..ini masa yg paling sesuai utk release tension sket..

So..jom la join..'pot luck'..saper ada gitar..bawak gitar..drum set & dapur gas tak yah bwk la..

Saper nk pegi..sila bg komen n bgtau apa nk bawak..makanan adalah wajib utk di bawak walaupun kacang Ngan Yin 3 peket.

Picnic ke Ulu yam :

Tarikh : 11/4/2009
Masa :9.30 am dr Sg Merbau Inn

Hadi : Sardin & Buah

Pejal/bobz/kamil : Dispossible item & air

Dekdi : Bihun Goreng, keropok dan tempat bakar.

Hairul : Ayam & hot dog marinate, khemah, tikar, arang.


Wednesday, March 31, 2010

The Wedding


Pada 13 Mac 2010, Pak Su Hadi & Mek Na telah selamat disatukan. Semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Friday, February 19, 2010

doli Kuey Teow Goreng


Restoren Doli Kuey Teow Goreng adalah antara lokasi makan popular di Taiping, Perak. Menghidangkan Kuey Teow Goreng sebagai menu utama dan beberapa hidangan lain sebagai menu sampingan.

Sekiranya anda ingin mencari restoren ini, bolehlah mengunakan teknologi GPS Garmin kerana restoren ini tersenarai didalam lokasi favourite.

Kuey Teow Goreng Special

Ex-CEO Warisan-Ibu Di Pintu Masuk

Labels: