Warisan Ibu

See what happen in our daily life at Warisan Ibu, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Tuesday, December 04, 2007

Mission 2 Raub

Mission to Raub - Misi yang julung-julung kali diadakan dan disertai oleh ahli-ahli sekalian. Misi ini adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan Mohd Riduan Mohd Noor AKA Mat Duang bersama pasangannya Shida. 10 buah kenderaan dikalangan rakan-rakan yang merupakan ahli tetap dan juga ahli sekali-sekala Warisan Ibu telah konvoi beramai2 ke rumah pengantin perempuan di Raub, Pahang.

Mereka telah disatukan pada hari Jumaat 23/11/2007 dan majlis persandingan pula pada keesokan harinya. Konvoi kami telah bersatu dengan konvoi ahli keluarga Mat Duang dan sebanyak 18 buah kereta secara automatik menjadi rombongan dari pihak pengantin lelaki.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru untuk Duan & Shida. Semoga jodoh anda berkekalan hingga keakhir hayat.

Adakah anda nampak apa yang kami nampak?