Warisan Ibu

See what happen in our daily life at Warisan Ibu, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Tuesday, November 21, 2006

Jamuan Hari Raya Rangkaian Ibu

Hari Jumaat, 17 November 2006 antara pukul 6.30 petang hingga 10.00 malam, Warisan Ibu mengadakan Jamuan Hari Raya seperti selalu. Gabungan 3 Rangkaian Ibu iaitu Warung Ibu, Warisan Ibu dan Tropic Corner (ni pasal apa takda nama ibu, derhaka betul, kekeke). Untuk tahun nie...tuan rumah adalah Restoren Warisan Ibu.

Kepada sesiapa yang berdekatan, jemputlah datang untuk makan free...tapi dah terlepas lah...hehehe.

Tahun nie ramai yang hadir seperti tahun sebelumnya, yang dikenali, separa kenal dan tak kenal pun datang sekali. Juadah pulak macam2 ada, bakso, roti john, char kuey teow, rojak, mee sup, mee kari, mee jawa, mee goreng, dan macam2 mee lagi.

Diharap Warisan Ibu terus berkembang pesat dan sentiasa mengekalkan kerjasama sesama rangkaian ibu. Moga tahun depan dapat mengekalkan acara tahunan Jamuan Hari Raya.

Pengasas Rangkaian Ibu - IBU


Gabungan 2 Dunia - Warisan Ibu (Warung Ibu + Restoren Ibu)


Spy & Taukeh Tropic Corner


Antara tetamu yang hadir


Tetamu khas dan kesukaan yoo

Monday, November 13, 2006

Wajah Baru Warisan Ibu

Warisan Ibu dah pun bertukar wajah selepas Hari Raya. Penyusunan kerusi & meja beserta tempat hidangan lauk pauk. Idea percuma ini telah diberikan oleh Pakar 'Interior Design' yang tidak mahu namanya disebutkan disini. Sekarang pelanggan-pelanggan lebih mudah untuk mengambil lauk pauk berbanding susunan 4 tahun lepas.

Disertakan juga beberapa gambar lauk-pauk yang aku sendiri tak tau apa nama dia, tapi yang penting pegedil mesti ada.