Warisan Ibu

See what happen in our daily life at Warisan Ibu, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Monday, March 24, 2008

Bola kuasa dua

Keajaiban telah berlaku semasa Kelab Ping-pong Warisan Ibu sedang giat berlatih untuk pertandingan yang telah lama ditangguhkan dan tah bila nak mula. Dalam bola ada bola.

Apakah ini petanda bahawa duit deposit pertandingan harus dipulangkan semula ataupun telah lahir juara baru yang hanya diberi peluang bertahan untuk seminggu sahaja. Biarlah juara tu "loo-ngin" dan diberi "gib" hanya satu atau dua minggu. Ambiklah...kami tak kisah.

Buat pengetahuan semua, bola ini telah kami hapuskan kerana ditakuti ia akan menjadi isu keselamatan negara.

Friday, March 21, 2008

Blast Burger in Town

Dah seminggu dah...

Blast Burger...salah satu hidangan baru dan utama yang disajikan di Warisan Ibu. Blast Burger telah di 'found' oleh 2 orang anak muda dan tak berapa muda iaitu chef burger terkemuka dari Kuantan Rizal, & Sham (tak tau dari mana asal usul).

Blast burger telah mengambil alih gerai burger sebelum ini yang mana tuan empunya telah berhijrah ke Korea Selatan untuk meluaskan pasaran burger beliau.

Antara jenis hidangan yang ada ialah burger & hotdog ayam dan daging : single blast, single blast special, double blast dan double blast special. Tapi menu yang paling special ialah "burgerdog". Ingin tahu rasanya? Silalah datang. Datang jangan tak datang.

Hmmm...Sedapnya (dah 3 biji burger si tembam nie makan)