Warisan Ibu

See what happen in our daily life at Warisan Ibu, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Thursday, August 30, 2007

Happy 1st Anniversary

aku rase masih blum terlambat utk aku wish kat sume contributers blog warisan ibu ni.. sedar tak sedar, 27 ogos lepas dah genap setahun umur blog nih... macam2 cite ade... segala komen2 yg korang berikan mmg kitorang tak pernah hargai pun.. so, komen lar bnyk2 lagi...semoga hari2 yg mendatang ni akan lebih bnyk lg cite2 & gosip2 hangat utk menjadi bualan bersama.. Selamat Hari Merdeka & selamat beramal...

Saturday, August 25, 2007

celebrity look alike











Thursday, August 23, 2007

Kupon Makan

Warisan Ibu telah bekerjasama dengan ITer Niaga Sdn. Bhd. dan Bitara Logistic Sdn. Bhd. untuk memperkukuhkan lagi pelanggan Warisan Ibu.

Setelah beberapa siri perbincangan dijalankan, akhirnya sistem kupon makan telah diperkenalkan untuk staf2 kedua2 syarikat tersebut. Setiap staf diberi kupon makan RM5 setiap hari yang di taja oleh pihak syarikat.

Warisan-Ibu harus memperkenalkan sistem ini kepada syarikat2 lain yang selalu menghantar staf mereka untuk makan disini seperti Eureka Production Sdn Bhd, Proper Solution, Quid Pro Quo Sdn Bhd, Mega Mahir, Solid Credential dan lain2.

Kekalkan kualiti, jaga pelanggan. Renung2kan, selamat beramal.

Tuesday, August 21, 2007

Kelab Ping-Pong Warisan Ibu


Kelab Ping-Pong Warisan Ibu telah berjaya ditubuhkan dengan kerjasama ITer Sport Club dan juga Eureka Sport Club. Dengan berbekalkan satu meja meja ping-pong dan 4 buah 'bat' berjenama Tibhar, 2 buah 'bat' berjenama Butterfly (Hakmilik Persendirian), 5 biji bola tah apa jenama (1 dipijak oleh Bobz dan satu dipecahkan oleh komeng), telah menarik ramai pemain2 ping-pong yang berbakat dan tidak lupa juga yang tidak berbakat (tidak akan disebutkan disini).

Setakat ini Kelab Ping-Pong Warisan Ibu telah berjaya mengalahkan wakil pemain individu yang berasal dari Kuantan dalam permainan satu lawan satu. Memang pada mulanya kami sengaja memberi kemenangan kepada pemain tersebut, tapi setelah jasa kami tidak dihargai, kami menukar strategi dengan mengalahkan beliau bertalu-talu hingga beliau terpaksa menyalahkan 'bat' dan juga meja.

Rentetan dari pengalaman kami dengan pemain Kuantan, kami tidak memberi muka kepada wakil dari Alor Setar. Pemain tersebut juga telah kami kalahkan tanpa belas ikhsan.

Kami harapkan mereka akan terus berlatih bersungguh2 dan datang kembali ke pertandingan akan datang.