Warisan Ibu

See what happen in our daily life at Warisan Ibu, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor.

Saturday, February 21, 2009

Permulaan Baru


Warisan Ibu telah mengganti papan tanda lama kepada yang baru bagi memulakan tahun 2009. Ramai yang terkeliru dengan papan tanda lama kerana hanya memaparkan Restoren Warisan saja, dan tulisan Ibu berada didalam kedai.

Dengan adanya papan tanda baru ini diharap pelanggan2 tidak lagi tersesat ke restoren hujung sebelah kiri mahupun sebelah kanan.

Marilah singgah.

Monday, February 16, 2009

Lontong yang Hilang


Kemana hilangnya lontong yang biasa aku makan dipagi hari 4 tahun yang lalu. Aku rindu pada sms "lontong", bila lontong ada dihidangkan untuk sarapan pagi.

Dahulu Restoren Warisan Ibu yang dahulunya dikenali sebagai Restoren Famili Ibu menyediakan lontong sebagai hidangan istimewa sarapan pagi. Tapi resepi lontong ini telah hilang ditelan arus kemajuan dan cita2.

Oh lontong.



Labels: