
Kelab Ping-Pong Warisan Ibu telah berjaya ditubuhkan dengan kerjasama ITer Sport Club dan juga Eureka Sport Club. Dengan berbekalkan satu meja meja ping-pong dan 4 buah 'bat' berjenama Tibhar, 2 buah 'bat' berjenama Butterfly (Hakmilik Persendirian), 5 biji bola tah apa jenama (1 dipijak oleh Bobz dan satu dipecahkan oleh komeng), telah menarik ramai pemain2 ping-pong yang berbakat dan tidak lupa juga yang tidak berbakat (tidak akan disebutkan disini).
Setakat ini Kelab Ping-Pong Warisan Ibu telah berjaya mengalahkan wakil pemain individu yang berasal dari Kuantan dalam permainan satu lawan satu. Memang pada mulanya kami sengaja memberi kemenangan kepada pemain tersebut, tapi setelah jasa kami tidak dihargai, kami menukar strategi dengan mengalahkan beliau bertalu-talu hingga beliau terpaksa menyalahkan 'bat' dan juga meja.
Rentetan dari pengalaman kami dengan pemain Kuantan, kami tidak memberi muka kepada wakil dari Alor Setar. Pemain tersebut juga telah kami kalahkan tanpa belas ikhsan.
Kami harapkan mereka akan terus berlatih bersungguh2 dan datang kembali ke pertandingan akan datang.