Ribut di Kota Kemuning

Ribut melanda lagi di Kota Kemuning. Hujan dan ribut tak sampai satu jam telah mematah dan menumbangkan lebih 50% pokok di Kota Kemuning termasuklah pokok di hadapan warisan-ibu dan juga kiri dan kanan deretan kedai.
Warisan Ibu juga telah menjadi mangsa ribut ini. Astro Disc dari bumbung Nizz Bridal telah jatuh menembusi awning kanvas kedua-dua kedai iaitu Pasar Segar Ibu dan Restoren Warisan Ibu serta memecahkan kaca gerai sementara dibawah. Tiada kecederaan dilaporkan.
Labels: Ribut